Wednesday, December 2, 2009

MENGENAI KEBERKATAN

KeBERKATan..
apa agaknya maksud sebenar berkat?

"Biar rezeki sikit, asalkan BERKAT.."

"Ko jangan melawan cakap mak,nanti hidup tak BERKAT!!"

Biar apapun maksudnya, saya tahu semua org faham apa itu BERKAT. pada saya, berkat itu mendapat redha Allah, dalam setiap penjuru kehidupan. Di mana-mana..keberkatan itu perlu diusahakan untuk dicapai.Baik di pejabat, mahupun di rumah.

Baru-baru ini, sy diingatkan semula ttg keBERKATan masa bekerja. Apabila membaca buku karangan ust Pahrol bertajuk "Nota Hati Seorang Lelaki", kembali mengingatkan sy pd keBERKATan masa sy bekerja.. waktu pejabat bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00ptg, rehat pd jam 1.00 tghari. soalnya, adakah kite benar2 bekerja dalam tempoh tersebut? oh..bila mengingatkan jam2 sy berborak, bersarapan, surf internet dsbg yang tidak termasuk dlm skop kerja sy...hati jadi tidak seronok. kembali bermuhasabah.. benar2 kah ada keberkatan dalam masa sy bekerja?..company membayar gaji, berkatkah gaji sy???


oh..suatu perkara halus yang perlu diperhalusi

anda bagaimana??

Thursday, October 29, 2009

Bersatulah..Wahai Kaum Muslimin..


Kewajipan ternyata lebih banyak dari masa yang ada pada kita . Justeru itu , jangan leng
[ukhuwwah+2.jpg]ah , alpa dan bersahaja . Sebaliknya tangkas , tuntas dan cergas . Jangan buka terlalu luas ruang untuk berkhilaf kerana disana terlalu bany ak sudut yang boleh kita bersama .

Padam secepat mungkin api fitnah yang semakin merebak dan membinasakan jamaah . Sebaliknya , segeralah nyalakan obor persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dan sematkan jiwa berjuang untuk menjulang panji perjuangan ke arah membina negara Toiyyibah [ sejahtera ] dan mengharapkan curahan Maghfirah [ keampunan ]

Peliharalah wadah perjuangan suci ini daripada panahan syaithan dan racun iblis agar ia tidak musnah binasa . Korbankanlah perasaan dan apa jua kepentingan diri dan dunia kita andai ia membuatkan jamaah terpelihara , lantaran pengorbanan adalah syarat kemenangan bagi perjuangan suci ini .

Mengorbankan tenaga , masa dan wang ringgit barangkali mudah bahkan jauh lebih mudah berbanding korban perasaan terutama saat berdepan keputusan yang tidak memihak kepada kemahuan dan keinginan kita . Sungguhpun demikian , mengorbankan perasaan untuk menerima keputusan mesyuarat [ syura ] sebagai contoh , adalah sebahagian dari ketaatan yang dituntut oleh syara' biar dikala sukar dan getir .

Suatu yang paling bernilai dan penting dalam jamaah kita ialah persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dikalangan kita . Ukhuwwah yang diperkaya dengan nilai mahabbah [ kasih sayang ] dan tasaamuh [ tolak ansur ] yang tinggi . Jauh dari bayangan hasad dengki , dendam dan khianat .

Seketika jamaah kita terpaksa mengharungi zon sukar . Badai yang mampu menghancurkan seluruh struktur utama jamaah , jika pemimpin dan anggota tidak benar - benar mempertahankannya dengan semangat cintakan Islam dan jamaahnya .

Jamaah yang benar dan suci ini mengundang dendam dan cemburu yang sungguh dahsyat dari musuh durjana . Inilah yang telah didedahkan oleh Allah swt di dalam kitab suciNya . Kelicikan mereka dengan bara dendam yang tidak kunjung padam terhadap cita - cita perjuangan Islam ini bisa sahaja membuatkan mereka berani dan nekad menyusup masuk , menyelinap dari celah saf pejuang - pejuang kita lalu membisikkan sejuta fitnah yang menjarakkan mereka malah mencetus sengketa .

Sejarah semalam memang masih membekas bahkan pedihnya masih terasa angkara panahan fitnah . Namun bukankah kita selalu dituntut agar berkorban demi perjuangan ? lalu , lupakan lah sengketa lama dan padamkan lah api kebencian . Kita tautkan kembali ikatan ukhuwwah yang longgar akibat gegaran semasa melintasi zon sukar tersebut . Kini kita fokus tanggungjawab dan amanah perjuangan yang belum selesai ditunaikan . Mentari esok masih sedia menyinar . Terpulang kepada kita , apakah mahu terus melangkah atau kita masih tidak mahu mengalah .

Fikirkan masa depan perjuangan ini buat generasi akan datang . Janganlah kita rosakkan segalanya kerana mengidam sebuah kepuasan yang belum pasti . Hulurkan tangan kalian , kita bersilang menderap langkah tanpa menoleh lagi mengenang tragedi silam demi masa depan Islam yang gemilang . Ayuh , kita hadapi musuh tanpa ragu !

http://www.detikdaily.net

*********************Manusia itu sememangnya berbeza sifat, pendapat hatta tindakannya. Perbezaan itu sebenarnya mengajar kita mempelajari antara satu sama lain, kerana kita tidak sempurna dan saling melengkapi..

Wednesday, September 16, 2009

Semuanya Kuasa Allah...



DARI kiri Twinkle Dwivedi, Rashida Khatoon dan Calvinno Inman.

Fenomena pelik remaja titis air mata darah

CALVINNO Inman, Twinkle Dwivedi dan Rashida Khatoon tidak mengenali satu sama lain, tetapi remaja dari India dan Amerika Syarikat ini berkongsi satu masalah penuh misteri yang membingungkan ramai iaitu mereka mengalirkan air mata darah.

Inman, dari Tennessee, menjadi ‘mangsa’ terbaru masalah misteri itu dan penderitaannya itu menjadi perhatian ramai selepas dilaporkan media antarabangsa, akhir bulan lalu.

Remaja lelaki berusia 15 tahun itu dikatakan tidak dapat mengawal mengalirkan air mata darah sehingga tiga kali sehari dan berlanjutan selama 15 minit sehingga sejam!


Ketika ramai kagum dengan keadaan dirinya, tetapi tidak ramai yang menyedari masalah itu jelas mengganggu kehidupan Inman. Malah, beliau sering disindir rakan-rakannya yang melabelkannya sebagai kerasukan atau kesakitan setiap kali air mata darahnya mengalir.

“Kadang-kadang saya dapat rasakan ia keluar, sama seperti air mata. Saya berasakan mata saya berair. Kadang-kadang, mata saya terlalu sakit seolah-olah mahu tercabut,” katanya kepada stesen ABC News, baru-baru ini.


Dr Muhaya Mohamad

Ibu Inman, Tammy Mynatt, yang bimbang dengan keadaan itu berkata, beliau sudah membawa anaknya menjalani pemeriksaan MRI, imbasan CAT dan ultra bunyi serta mengadakan temujanji dengan pakar. Sayangnya, di negara maju seperti Amerika sekali pun, tiada seorang doktor yang dapat mengenal pasti punca keadaan Inman. Malah golongan pakar perubatan turut bingung dengan keadaan itu.

Mynatt menceritakan detik-detik bagaimana beliau menghubungi talian 911 apabila kali pertama anaknya menitiskan air mata darah itu.

“Perkara paling menakutkan dalam hidup saya ialah apabila beliau memandang dan bertanya, ‘Mak, apakah saya akan mati?’ Pertanyaan itu amat menusuk hati kerana sebagai ibu saya cuma mampu memerhatikan tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya.

Pakar Oftalmologi, Dr Rex Hamilton, berkata remaja itu mungkin menderita keadaan yang digelar Haemolacria atau ringkasnya ‘air mata darah.’

“Ia cuma perkataan menggambarkan manifestasi air mata darah. Ia tidak menyebut apa-apa mengenai puncanya dan terjadi satu dalam sejuta orang,” katanya.

Tidak kurang pula yang mengaitkan masalah itu dengan kecacatan saluran air mata dan ketumbuhan dalam otak, biarpun ia kekal andaian kerana tiada sebarang bukti perubatan bagi menyokongnya.

Apa yang pasti, keadaan Inman menyamai penderitaan ditanggung Rashida Khatoon, remaja dari Patna, di timur laut India. Seperti juga di Amerika, pakar perubatan India juga tidak mempunyai sebarang jawapan di atas penderitaan gadis itu.

“Saya tidak berasa sakit apabila titisan air mata darah itu keluar. Tetapi tergamam juga melihatkan air mata darah yang mengalir dan bukannya tangisan biasa,” kata Rashida.

Jika Inman dituduh kerasukan, Rashida sebaliknya dipandang mulia penganut Hindu yang menganggap dirinya satu keramat. Mereka sanggup ke rumahnya untuk mendapatkan restu serta memberi hadiah kepada Rashida dan keluarganya.

Seorang lagi remaja India, Twinkle Dwivedi, 13, pula kehilangan darah menerusi kulitnya, termasuk mata tanpa mengalami luka atau calar.

Malah dia terpaksa menjalani pemindahan darah apabila ia keluar menerusi mata, hidung, garis rambut, leher dan tapak kaki. Ada kalanya, keadaannya teruk apabila bangun dengan keseluruhan tubuhnya diselaputi darah kering. Penderitaan Dwivedi sebaliknya dipandang serong oleh penduduk kampung yang percayakan beliau disumpah dan menjerit kata-kata menghina gadis itu.

Keluarganya yang bimbang sudah mendapatkan bantuan daripada ramai doktor selain pemimpin agama pelbagai agama tetapi menemui jalan buntu.

“Saya amat terdesak untuk membantu anak saya. Kami tidak percayakan perkara tahyul tetapi amat terdesak. Kami sudah ke kuil, masjid, gereja tetapi tiada apa dapat menyembuhkan anak saya,” kata ibunya, Nandani, 42.

Pakar perubatan India kini percaya keadaan Dwivedi adalah versi teruk masalah platelet darah yang jarang berlaku dan tidak dapat mencari penawar.

Di Malaysia juga tidak terkecuali digemparkan berita hampir sama kira-kira 24 tahun lalu apabila akhbar melaporkan kanak-kanak yang ketika itu berusia 10 tahun, Yogalingam, dari Perak, mengeluarkan benang daripada matanya.

Selama hampir dua minggu, gumpalan benang berterusan keluar menerusi matanya yang memaksanya ditahan di hospital lebih 10 hari. Kesengsaraan Yogalingam bermula dengan rasa gatal dan sakit pada matanya terutama di kelopak mata kanan. Ibunya, Letchumi, yang cemas dengan keadaan itu segera membawa Yogalingam ke hospital Ipoh. Doktor menemui gumpalan hitam pekat di kelopak mata Yogalingam dan apabila ia dikeluarkan hasilnya amat membingungkan doktor kerana ia adalah seutas benang.

Menurut doktor yang merawatnya, lebih 80 gumpal benang ditarik daripada mata kanan kanak-kanak berkenaan dan panjangnya mencecah enam hingga lapan sentimeter. Ia terus menjadi misteri apabila kajian di Makmal Direktorat Kimia Jabatan Kesihatan Malaysia, mengesahkan benang asli itu daripada serat kapas.

Tidak kurang menariknya kejadian aneh pada 2007 mengenai kemampuan gadis Melaka, Siti Suhana Saadon, mengeluarkan beratus-ratus bebola kecil berbentuk kristal dan permata pelbagai warna menerusi ibu jari kirinya. Sekumpulan pakar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang melakukan kajian, mengesyaki bebola kecil warna jernih seperti kristal, guli dan hirisan kaca yang keluar daripada ibu jari kaki kiri gadis berkenaan hasil tindak balas enzim dan toksik dalam tubuhnya.

Namakan ia apa saja - misteri, aneh atau pelik tetapi bagi umat Islam, keadaan itu tidak sepatutnya menghairankan sebaliknya menjadi sumber kekaguman kepada kebesaran kuasa Allah.

'Fenomena aneh tak dapat diterokai akal'

APAKAH mungkin kejadian air mata darah itu dibuat-buat? Atau mungkinkah ini disebabkan virus tertentu yang menyebabkan pendarahan berlaku?

Namun, bagi Pengerusi Persatuan Oftamologikal Malaysia, Prof Dr Muhaya Mohamad, beliau bersetuju dengan pandangan pakar antarabangsa yang kejadian tangisan darah ini sememangnya satu misteri perubatan yang belum terungkai lagi, biarpun dunia menyaksikan pelbagai perkembangan teknologi perubatan serba canggih.

Ini kerana hakikatnya, biar cerdik mana dan pencapaian manusia, masih ada bidang yang belum dapat diterokai kemampuan akal dan tinggal fenomena aneh yang tiada jawapannya.

“Secara jujurnya, saya katakan keadaan itu adalah satu misteri kerana saya tidak pernah berdepan perkara itu sepanjang 18 tahun menjadi pakar mata. Saya memandangnya sebagai tanda kebesaran Allah SWT.

“Manusia, walaupun berkelayakan sebagai doktor tidak dapat menandingi kuasa Allah SWT. Ilmu kita amat terbatas sedangkan kuasa-Nya tidak terhad.”

Ditanya sama ada dia sendiri pernah berdepan pengalaman merawat pesakit menghidap masalah misteri ini, Dr Muhaya berkata, jika ada pun, ia membabitkan virus sakit mata.

“Kes pernah dikendalikan membabitkan air mata berwarna agak merah jambu yang disebabkan virus sakit mata. Simptomnya membabitkan mata bengkak dan membran yang apabila dibuang menyebabkan warna air mata berubah.

“Tetapi belum pernah saya berdepan dengan pesakit mengalirkan air mata darah. Jika pesakit menghadapi masalah platelet darah kurang sekalipun, pendarahan berlaku pada retina dan dia tidak akan mengalirkan air mata darah,” katanya.

Justeru, Dr Muhaya berkata, kejadian air mata darah itu sememangnya satu misteri.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk memberi penjelasan mengenai kes ini. Ia satu misteri bagi saya tetapi kita tidak boleh terus mengatakan ia dibuat-buat kerana keadaan itu mungkin satu petunjuk Allah SWT.

“Sekali lagi saya tegaskan kita manusia jangan sombong kerana pengetahuan kita amat terhad. Perkara seperti ini pun sudah cukup membingungkan kita,” katanya.

http://www.bharian.com.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hm.. Org tua-tua selalu berkata : Biar mengalir air mata darah sekalipun, perkara yang lepas tidak akan dapat ditebus kembali. Rupanya mmg ada air mata yang berdarah. namun apa pun, kita yang sempurna ini harus bersyukur atas nikmat tangisan air...

Wednesday, September 2, 2009

Ku Memohon...

Tersapaku..
Di sejadah rindu
Dalam kalimat-kalimat yang shahdu
Bait-bait kata menyentuh kalbu
Memecah kesunyian di hati yang beku
Terpendam rasa syukur padaMu...

Memandang ke langit biru
Mencongak keindahan kebesaranMu itu
Tersentuh di jiwa yang kaku
Ayat-ayat cinta disusun bersatu
Di sejadah rindu

Menadah tangan memohon restu
Perjalanan menuju destinasiMu
Moga tak terlupa masa yang akan berlalu
Pintu Hidayah dariMu
Untuk hambaMu yang menanti selalu

http://www.melayu.com

Tuesday, September 1, 2009

Corat Coret Cool..



Sudah lama saya tidak meng'update' blog saya... Kenapa?

~kekeringan idea~(mungkin)
~bosan~(mungkin)
~malas~(mungkin)
~takde mood~(mungkin)

Segala-galanya (mungkin)...




Meng'update' blog juga suatu ibadah, asalkan bermatlamatkan kebaikan..

Selamat menunaikan ibadah dan Salam Ramadhan..Moga kita tidak mensia-siakan ramadhan ini.
"Ya Allah, jadikan setiap amalan kami sebagai ibadah kepadaMu.."

Thursday, August 13, 2009

Konspirasi H1N1





Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi –
bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"
There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group
."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana
depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.



Anda percaya pada artikel ini? Bagi saya segalanya tidak mustahil. Entah-entah golongan inilah yang sebenarnya Dajjal pada akhir zaman ini. Namun sebagai umat islam, seharusnya penyerahan kepada Allah perlu diletakkan di hadapan segala-galanya, selain usaha-usaha dann juga doa. Di sini saya ingin berkongsi doa-doa yang saya dapati hasil teknologi pada hari ini.




Jadi, terpulanglah kepada anda untuk mengamalkannya atau tidak. Selain itu, doa yang boleh dia baca adalah "Bismillaahillazi La Yadurru Ma'asmihi Shaiun Fil Ardhi Wala Fi Samaai, Wahua Sami'ul 'Aliim".. Juga boleh dibaca Selawat Syifa'. Saya tidak mahu mengulas tentang cara-cara pencegahan kerana banyak website yang telah menyediakan maklumat tersebut. Anda hanya perlu rajin mencari..

Sesungguhnya segalanya datang dari Allah dan kita berserah kepadaNya. WA

Wednesday, July 29, 2009

1 Ogos 1 Tujuan 1 Malaysia


Makluman penting utk para pencinta kedamaian! Peta laluan Mansuh ISA..


Bersama-sama menjayakannya..sila layari http://himpunanmansuhisa.wordpress.com/

Wednesday, July 15, 2009

Masa Untuk Bermuhasabah



Tahniah dan takziah diucapkan kepada calon Pas Manek Urai, Abe Uji kerana telah memenangi pilihanraya kecil MU baru-baru ini. Biar pun menang, majoriti tipis 65 tidak dapat membuatkan PR umumnya dan PAS khususnya untuk duduk dengan selesa. Apa pun, tahniah kepada penduduk Manek Urai kerana masih memilih kepimpinan islam..
*******************************************************************************



Banyak faktor yang mempengaruhi keputusan prk Manek Urai. Kemenangan tipis PAS juga harus dipandang serius. Undi rosak 117 melebihi majoriti 65 juga wajib dipandang serius.
Ada 2 elemen penting yang perlu dihalusi. Unsur luaran dan dalaman PAS merupakan faktor yang penting mempengaruhi pengundi Manek Urai. Faktor calon juga adalah amat penting mempengaruhi keputusan Manek Urai. Faktor luaran faktor Najib PM baru juga mempengaruhi. 100 hari najib umum 11 hadiah buat rakyat juga mempengaruhi. Jentera UMNO di Manek Urai lebih tersusun berbanding di Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan taktik yang mereka gunakan juga berbeza.
Berbagai isu politik yang berlaku dalam Pakatan Rakyat seperti di Kedah, P.Pinang dan Selangor juga mempengaruhi. Di Kedah isu babi hingga DAP keluar Pakatan kemudian masuk balik, di P.Pinang dengan isu Kg Buah Pala, di Selangor dengan isu Menteri Besar dan Azmin Ali. Di Perak 3 Adun PR lompat bebas. Ini semuanya adalah faktor luaran yang sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi di Manek Urai.
Faktor dalaman pula adalah isu Kerajaan Perpaduan yang amat serius hingga Tuan Guru Nik Aziz menyuruh Ustaz Nasarudin letak jawatan. Ini perpecahan yang amat serius yang berlaku dalam PAS selepas muktamar. Hingga tidak benarkan Ustaz Nasarudin berkempen di Manek Urai walaupun selepas itu isu ini dianggap selesai tetapi hakikatnya tidak. Jentera PAS paling lemah adalah di Manek Urai. Ini adalah disebabkan perpecahan yang berlaku dalam PAS. Kita boleh nafikan di media tetapi inilah hakikat yang sebenar. Dari segi jentera kita terpaksa akui bahawa jentera UMNO di Manek Urai pada kali ini jauh lebih baik dan tersusun dari jentera PAS. Ingatlah pesan Saidina Ali " Kebatilan yang disusun dengan rapi dan terancang akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak disusun dengan rapi dan teratur.." Kita harus berlapang dada menerima teguran jika kita mahu terus mencapai kemenangan. Kita wajib bermuhasabah.
Manek Urai bukanlah kubu kuat PAS mahupun B-End. Maknanya mahu tidak mahu mulai hari ini kita tidak boleh langsung abaikan rakyat. Rakyat semakin cerdik untuk menilai. Jangan ada lagi sikap pembangkang dalam Pakatan Rakyat setelah membentuk kerajaan. Jangan lagi bila sudah memerintah asyik mahu salahkan kerajaan B-End. Kita wajib tangani dan selesaikan semua masalah yang ada. Barulah rakyat akan melihat Pakatan Rakyat sebuah kerajaan yang cukup berwibawa.
Akhir sekali saya amat berharap, kepada pimpinan Pakatan Rakyat , kukuhkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Semua pihak harus bermuhasabah dan berlapang dada menerima teguran. Kalau pemimpin sudah tidak boleh lagi ditegur, ingatlah KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT.
Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Sunday, July 5, 2009

Berserahkah aku?



Berserah bukan bermakna kalah, juga bukan kerana putus asa, jauh sekali malas berusaha..
Namun berserah itu adalah suatu perasaan lemah yang perlu disandarkan kepada satu kuasa Agung.

Nyata manusia sememangnya lemah, walau sehebat mana pangkat dan kuasa, akhirnya semua terpaksa akur.. bahawa sememangnya kite lemah! Betapa banyaknya manusia-manusia yang ingkar dengan merasakan diri bagus, hebat, gagah.."Semua ini atas usaha aku, bukan siapa-siapa, aku sendiri yang lakukan". Lihat saja bagaimana angkuhnya Raja Namrud ketika Nabi Ibrahim menyeru supaya menyembah Allah yang Esa. Kata Nabi Ibrahim kepada Namrud "Tuhanku mampu menghidupkan dan mematikan". Namun Raja Namrud berkata : "Aku juga mampu menghidup dan mematikan". Maksud Namrud ialah mengambil dua orang hambanya dan membunuh seorang manakala yang seorang lagi dibiarkan hidup. Nyata begitu angkuh!

Justeru, berserah mengajar kita memahami siapa diri. Walau bagaimana hebat pun usaha, yang nyata ketentuan Allah mendahului segalanya..

"Saya dah buat yang terbaik, tetapi takdir Allah menetapkan bahawa saya tidak dapat 5A dalam UPSR"

"Saya dah buat semua tu hujung minggu, tak sangka pula fail boleh hilang macam tu saja, hu..terpaksa buat yang baru!"

"Saya dah cuba sedaya upaya menyelamatkan hubungan kami, nyata memang saya dan dia tidak sehaluan lagi!"

Sekali lagi tentunya kita berserah setelah berusaha.. tetapi berserah yang khusus kepadaNya

Berserahlah kepada Allah setelah berusaha, agar nantinya kita tidak rasa putus asa setelah menerima kenyataannya.






Tuesday, June 30, 2009

"Saya makan aje, apa nak kisah..."


Bukan isu baru, tidak berapa segar, tidak juga terlalu lama, tetapi isu berterusan. Menyusahkan..memang merunsingkan..


Saya tidak tahu, mungkin anda juga tidak tahu..berapa ramai yang tahu saya pun tidak tahu. Apa yang saya tahu, kod E seperti dalam senarai di bawah memang benar-benar menyusahkan.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904

Produk yang ada kod-kod di atas dikatakan mempunyai lemak babi. Anda mahu tahu lebih lanjut sila klik di (http://keranacinta.wordpress.com/2008/01/26/kod-babi-pada-makanan-penting-untuk-ummat-islam/)

Artikel yang saya dapat melalui email :

***********************************************************************

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche (
Thailand )
> 3. Ajinomoto (
Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5...
Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , &
Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow


SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI
( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3.
Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have
Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera
Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin

> 8. Share Extra Atrenght

> 9. Black Current Jelly

> 10. Royal Gulaman & Decart
Oranges
> 11. Valvis Gelatin

> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly


> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA

> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND


Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas.
Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref. Message: Pringles Potato Chips

Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know........ I have checked. It's true that the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of
Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

************************************************************************

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”



Non-halal Coklat Hersyey Kisses E476

Ulasan saya :

1) Mengapakah makanan-makanan yang mempunyai kod-kod ini masih ‘berleluasa’ dan tidak dikawal sepenuhnya? Sepatutnya hal-hal sebegini tidak akan berlaku di sebuah negara ‘islam’. Sepatutnya pihak berkuasa perlu lebih tegas dengan hal-hal seperti ini. Ada seorang rakan pejabat saya memberitahu, adiknya menelefon JAKIM utk bertanykan status coklat keluaran Cadbury. Pihak Jakim memberitahu coklat Cadbury yang dihasilkan d Malaysia HALAL, Cuma pembalutnya tidak bertukar, masih ada kod E*** (saya tidak ingat, sila rujuk sendiri). Aduhai… macamana pula logo halal boleh dicetak sedangkan kod tersebut tidak dipadam?????????? Konpius…konpius…

2) Berapa ramai yang tahu, cuba ambil tahu, dan kisah akan hal ini? Setakat ini saya tidak pernah mendapat sebarang risalah berkaitan hal ini, hanya melalui internet saja. Wahhh..bagaimana dengan orang yang tidak terdedah dengan internet?

Jadi, anda yang sudah tahu kena beritahu pada orang yang tidak tahu. Semoga Allah menjauhkan saya dan anda semua daripada termakan benda-benda yang tidak halal. Makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita, kemungkinan inilah punca-punca hati keras, tak khusyuk, sering lalai, malas ibadah dan lain-lain sifat mazmumah. Sekarang virus "Selsema Babi H1N1" (saya xpeduli pada nama, yang pasti memang dpd babi) pula menyerang. Masihkah anda mampu mengatakan '"Saya makan aje, apa nak kisah..."'?? Fikir-fikirkanlah...WA

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa




Selamat Hari bapa buat semua abah, ayah, bapak, abi di seluruh dunia..
Juga buat abah saya..
Sesungguhnya pengorbananmu sangat tinggi,
kasihmu tidak berbelah bagi,
tiada tukar ganti..
Semoga engkau sentiasa dirahmati Allah dan dilimpahi kasih sayangNya..

Daripada Hadis Rasulullah S.A.W :
"Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang salih"
(Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu, buat teman-teman yang sudah kehilangan ayah, berdoalah untuk ayah kalian di sana..