Wednesday, November 26, 2008

Yoga bukan amalan umat islam

Umat Islam perlu berhati-hati dalam menjalankan apa jua kegiatan. Baru-baru ini yoga, amalan yang cukup popular telah difatwakan sebagai haram...

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Hrkh) - Walaupun tidak nafikan latihannya baik untuk kesihatan namun percampuran mantera dan mempunyai unsur keagamaan menyebabkan yoga diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo'Lo' Ghazali berkata Majlis Fatwa tersebut telah mengambil langkah yang bertepatan apabila mengumumkan fatwa meminta umat Islam negara ini tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mantera dan pemujaan.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa tersebut, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang menyatakan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam.

Jelas Lo'lo' yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, fatwa tersebut dikeluarkan mungkin disebabkan timbul kekeliruan dan kemusykilan orang ramai tentang senaman yoga tersebut.

"Pendapat menyatakan bahawa yoga yang dilakukan tidak disertai dengan bacaan mentera dan hanya sekadar senaman, itu berdasarkan keyakinan dirinya. Peraturan ini ada macam-macam, tapi tak semua orang ikut.

"Dari segi kesihatan memang bagus sebab melibatkan latihan pernafasan. Tetapi mungkin disebabkan pencampuran dengan mentera serta asal usul yoga itu sendiri," katanya yang ditemui sewaktu majlis pelancaran Rakan Anti Dadah (Rada) peringkat Kebangsaan di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 25 November lalu.-Hrkh _

Tuesday, November 18, 2008

Nak bagi ke tak??

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Diskaun 10 peratus dengan tempoh tujuh jam bermula tengahmalam hingga pagi keatas pengguna lebuhraya Utara- Selatan dan Elite membuktikan kerajaan BN memang tidak ikhlas untuk membantu meringankan bebanan rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, jika kerajaan BN mahu mengurangkan bebanan rakyat dengan bayaran tol mengapa ditetapkan pada waktu tengah malam sedangkan pengguna lebuhraya banyak di waktu siang.

Beliau menegaskan jika pemberian diskaun diberikan pada waktu malam ada beberapa andaian iaitu kerajaan menggalakkan rakyat untuk keluar malam hingga pagi.

Satu sudut lain pula katanya, kerajaan tidak bersedia untuk membantu meringankan bebanan rakyat.

"Kita sokong penurunan tol tersebut tetapi kerajaan sepatutnya boleh menurunkan tol lebih daripada itu tanpa memberi had waktu tertentu," tegasnya.

Menurut beliau, waktu tengah malam biasanya hanya lori besar dan bas ekspress dan pemotongan diskaun itu hanya dapat dinikmati oleh pihak tertentu sahaja.

Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan kerana ketika menaikkan tol tidak ditentukan masa tetapi apabila penurunan tol kenapa mesti tertakluk pada masa.

Sementara itu Ketua Muslimat Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menegaskan memang tidak rasional cadangan kerajaan dengan memberi tempoh tertentu kerana di waktu malam kurang pengguna lebuh raya.

Menurut beliau, jika kerajaan prihatin untuk menjaga kebajikan rakyat dengan keadaan ekonomi merundum sepatutnya penurunan itu tidak ada had masa.

"Sebab tempoh 12 tengahmalam hingga 7 pagi penggunaan lebuh raya terhad hanya kenderaan berat manakala pengguna awam kurang," tegasnya.

Beliau berkata, kerajaan BN memang tidak ikhlas hanya sekadar mahu mengambil hati kerana orang-orang tertentu sahaja yang boleh merasai nikmat pemotongan tol.

Wan Hasrina yang juga Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat berharap kerajaan dapat mengkaji semula cadangan tersebut jika benar-benar prihatin dengan rakyat.

Sementara itu Naib Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Salleh Sani Al-Hafiz setuju dengan pemotongan tol tersebut tetapi hanya segelintir rakyat saja yang dapat manfaatnya.

Ini kerana katanya, masa yang dihadkan itu menggambarkan seolah-olah pemberian kerajaan BN tidak ikhlas.

"Jika hendak ringankan bebankan rakyat, berilah masa yang ramai orang menggunakan lebuh raya iaitu waktu pagi hingga malam," katanya.

Beliau berkata jika waktu tengahmalam itu waktu orang tidur bukan untuk berjalan sebagaimana yang dituntut dalam Islam.

"Kita tidak menafikan ada faedah tetapi ia tidak sempurna kerana tidak semua rakyat dapat menikmati pemotongan tersebut," tegasnya.

Sumber : http://www.harakahdaily.net


Komen saya:
Kerajaan tak perlu berpura-pura. Jika tidak mahu beri jangan janji apa-apa pada rakyat!

Thursday, November 13, 2008

Sajak Buat Pejuang


''Sebuah jemaah kebenaran yang berjuang,
untuk mendapat kemenangan,
bukan mudah dan senang,
Ia terpaksa melalui liku-liku perjuanganyang lama dan panjang,
Setidak-tidaknya melalui puluhan-puluhan tahun baru menang,
Kemenangan yang akan diberi adalah kepada pejuang-pejuang,
yang telah melalui proses saringan,
Mereka telah dilengkapkan dengan berbagai-bagai kekuatan lahir dan batin,
Setelah mereka melalui ujian yang kecil dan besardi dalam perjuangan yang ditempuhnya,
Mereka perlu menguasai ilmu yang cukup lebih dahulu,
Mesti telah melalui proses pembersihan jiwa,
Setelah ibadahnya baik dan istiqamah di dalam beribadah,
Boleh menjadi abid di malam hari,
dan pejuang di siangnya,
Kemudian akhlak mereka pun tinggi dan mulia sebagai bunga diri,
Sudah terlatih tabah dan sabar di dalam perjuangan,
Berkasih sayang sesama sendiri laksana satu keluarga,
Sanggup mentaati pemimpin tidak berbelah bahagi,
Rasa bertuhan benar-benar bertapak di dalam jiwa,
Hingga rasa kehambaan memenuhi jiwa setiap pejuang,
Mereka penuh berdisiplin di dalam beribadah dan bekerja,
Berkorban apa sahaja telah menjadi budaya mereka,
Kerana itulah mereka terpaksa menempuh masayang lama dan panjang,
Kerana untuk memiliki itu semua ia bukan boleh dapat dua tiga hari,
Tetapi melalui didikan, pimpinan dan latihanyang panjang dan berterusan,
Hingga pengikut yang setia tinggal sedikit,
Mereka benar-benar menjadi orang Tuhan atau rijalullah di zamannya,
Mereka membawa rahmat dan barakah dari Tuhan,
Barulah mereka diberi kemenangan,
Begitulah berlaku perjuangan kebenaran sepanjang zaman,
Dari semenjak zaman para rasul hinggalah di zaman pemimpin berwatak rasul,
Oleh itu sabarlah menunggu kemenangan....''

(Ustaz Haji Ashaari Muhammad)

AHLAN...SELAMAT BERKUNJUNG

''Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang''
(al-Mulk : 5)


Salam istimewa buat pengunjung blogku. Moga beroleh manfaat walaupun sedikit..
InsyaAllah..