Tuesday, June 8, 2010

New World...






Salam..


masuk bulan 6, bertubi-tubi kad undangan sampai kat aku. ada la dalam 10 keping..huhu, nasib baik aku wat bulan 3 itu hari. so, xdela clash dengan depa. leh la aku g kenduri depa..
hm..kahwin..kahwin..kahwin...ape ada dengan kahwin ni? syok sangat ke?

Ape yang pasti, nikah itu menghalalkan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang sebelum ini haram atas satu ikatan (akad).



Hikmah pernikahan?

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berftkir. "
Sakinah = ketenangan
Mawaddah = cinta kasih
Rahmah = kasih sayang

Buat kawan2 yang bakal dan akan bernikah...

1- Selamat Pengantin Baru..
2- Betulkanlah niat dari awal (bernikah kerana Allah, untuk membina rumah tangga yang soleh, dapat anak soleh/ah).
3- Jagalah batas2 sebelum melangkah ke alam perkahwinan.



........moga cepat2 dapat anak yep!.................




"Barakallahumma, wabaraka 'alaikuma, wa jama'a bainakuma fi khair.."


Sunday, February 7, 2010

Yang lama digilap, yang baru diasah


salam ceria semua..moga apa saja aktiviti yg kita lakukan pd hari ini diberkati Allah dan jg bermanfaat pd agama dan masyarakat, paling tidak pd diri sendiri. Hari ini aku berpeluang mengikuti seminar memperkasa jamaah, di peringkat Dun.


janggal juga kurasakan pada mulanya.maklumlah, aku saja 'org muda', yg lain semuanya veteran2 dan sudah lama berkecimpung dlm arena dakwah ini. Terfikir juga aku bagaimana agaknya muhasabah dan gerak kerja yg bakal kami bincangkan, kebiasaannya aku akan sama2 berfikir dgn golongan sebaya atau sezaman dgnku.



Pada mulanya, kami dihidangkan dgn tazkirah perasmian oleh TYDP kawasan. terharu aku mendengar kisah2 beliau yg sudah lama berjuang. beliau menceritakan bagaimana sukarnya rintangan yg mereka lalui, sehingga tidak makan langsung pada hari pilihanraya (sampai ke saat pengumuman calon pun tidak makan), kerana tiada wang...dan katanya lagi, setelah 6 kali pilihanraya baru inilah saat mereka merasakan kemenangan, satu perkara yang tidak pernah terfikir pun oleh mereka pada masa tersebut.


selepas itu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut proksi masing2. tidak perlu utk aku menceritakan dgn lebih terperinci (sir ye..). fokusku lebih kepada gelagat setiap individu yang terlibat dlm perbincangan. mungkin kerana aku sudah terdedah dgn dunia professional lebih2 lagi sewaktu di kampus dahulu, aku rasakan yg perbincangan tersebut tidak mencapai tujuan. ada tiga fokus perbincangan kami tetapi aku rasakan setiap perkara tersebut tidak dihurai dengan baik dan agak berterabur. pada mulanya aku diam saja, tetapi dengan tidak semena-mena terkeluar pula apa yg terbuku di hati..hehe, semuanya tanpa aku sedari. tapi bukannya aku memberi komen secara direct kpd mereka, cuma gaya percakapanku itu menyebabkan mereka terfikir, apa sebenarnya yang sedangn dan patut diperbincangkan.


Alhamdulillah, mereka dapat menerima ideaku dan juga memberi tumpuan pada apa yang aku ingin sampaikan. sebenarnya, bukan mahu ideaku diterima, tetapi yang aku ingin tekankan di sini adalah PENYESUAIAN diri kita dalam keadaan persekitaran. Bagaimana menyesuaikan diri, percakapan dengan org2 veteran? Masing2 perlu bertolak ansur, yang tua tidak boleh tunjuk eksen kononnya dia sudah lama makan garam, yg muda pula tidak juga boleh tunjuk eksen, kononnya pemikiran muda baru, segar dan tidak jumud..


Oleh itu, apa yang ingin aku simpulkan di sini ialah, paduan antara yang lama dan yang baru akan menghasilkan satu semangat dan aura yang mantap..buat kawan2 yang baru hendak berjinak2 dgn cawanagan atau dun di mana majoritinya adalah pakcik dan makcik, bersabarlah..dan jalankanlah taggungjawab anda dgn sebaiknya..yang lama digilap, yang baru diasah.


Sekian.. =)

Monday, January 4, 2010

Kenyataan Rasmi Pas Berkenaan Penggunaan Nama Allah

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.
Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.
‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.
PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS)