Thursday, May 21, 2009

Salahkah Membaca?


Semoga beroleh manfaat. 
Dipetik daripada  http://jomfaham.blogspot.com


Assalamualaikum, saya nak tanya. Pak cik saya ada kata ada hadis yang menyatakan belajar tanpa bimbingan guru umpama belajar bersama dengan syaitan. Apa pendapat anda? Saya tak pasti akan kesahihannya dan saya rasa sahih kerana pak cik saya seorang ustaz. Namun, mungkin ia ada maksud disebaliknya.Minta penjelasan. Terima kasih~

Jawapan oleh Ustaz Abdul Kadir:

Pertamanya menjawab persoalan yang ditimbulkan di awal thread ini. Adakah benar hadis belajar tanpa guru adalah berguru dengan syaitan? Ana katakan, ana tidak pernah menjumpai matan hadis sedemikian dalam kitab-kitab hadis yang muktabar. Ana katakan "tak pernah jumpa", bukan ana katakan ia palsu tau.

Namun begitu para ulamak biasa menyebut kalam ini di dalam kitab-kitab mereka. Ingat satu perkara yang mesti kita iktiqad, ulamak agung silam takkan dengan sengaja menulis sesuatu mengikut hawa nafsu dan meletakkan sesuatu yang mereka anggap salah. Mereka tentu beranggapan kalam tersebut adalah benar. Hormatilah ulamak dan jangan bersikap kurang ajar dengan mereka.

Lebih-lebih lagi dengan kalam yang lebih sahih iaitu "sesungguhnya ilmu itu didapati dengan dipelajari." Imam Syafie pula pernah menyatakan, "sesiapa yang tafaqquh dari perut kitab, maka dia telah kehilangan hukum-hakam". Para ulamak juga menyebutkan, "antara kebodohan terbesar, adalah menjadikan helaian-helaian sebagai syaikh".

Walaupun kenyataan belajar dengan syaitan itu, tidak didapati sahih dari segi sanadnya (jalur riwayat), tapi ia sahih dari segi maknanya (bagi mereka yang melihat dengan hati yang cerah dan bersikap terbuka).

Ia adalah suatu perumpamaan daripada para ulamak untuk memberi peringatan kepada mereka yang suka menjadikan bahan bacaannya sebagai ilmunya. Jangan difahami secara zahir plak ya. Perlu diingat, buku adalah alat sahaja untuk menimba ilmu. Untuk menggunakan alat, perlu kepada yang pakar untuk menunjuk caranya.

Kita lihat hari ini, salah faham terhadap agama, kebanyakannya berasal daripada golongan yang suka membaca tanpa guru, lantas memahami dengan salah dan menyesatkan pula kefahaman orang lain. Lihat sahajalah ajaran-ajaran sesat yang timbul sekarang, kebanyakannya adalah intepratasi dari kitab-kitab yang sahih. Bukankah ini adalah bukti yang cukup jelas betapa syaitan menyesatkan manusia yang membaca dan belajar tanpa berguru?

Buku yang kandungannya penuh dengan Ayat-ayat Alquran dan hadis-hadis yang kuat pun, boleh disalah fahami lantas menatijahkan kesesatan kepada pembacanya. Oleh kerana itu ulamak zaman berzaman sentiasa menasihati kita agar berjaga-jaga dalam pembacaan buku. Orang yang belajar dengan berguru pun boleh sesat, apatah lagi orang yang tidak belajar dengan guru kan?

Akan tetapi, bukanlah kita menutup terus pintu bacaan kepada Ummat Islam. Malah Ummat Islam sepatutnya menjadi ummat yang paling rajin membaca. Hanyasanya, bacalah buku mengikut tahap kemampuan masing-masing. Kita akan merasa lucu, jika seorang pelajar fizik sekolah menengah, membaca dan membahaskan teori fizik yang ditulis oleh seorang profesor untuk dibahaskan oleh profesor-profesor lain.

Di dalam ilmu agama juga begitu. Tiada masalah untuk kita semua membaca kitab-kitab motivasi agama, sirah para rasul dan sahabat, galakan beribadat dan ancaman terhadap kemaksiatan, dan sebagainya. Namun di sana, ada kitab-kitab yang memerlukan kepada guru yang membimbing. Ada juga yang memerlukan kita membaca, kemudian bertanya kepada guru. Ada juga buku yang boleh dibaca oleh mereka yang sudah mencapai ke tahap pembelajaran yang tertentu. Hukum tak boleh diambil sekadar membaca. Aqidah jauh sekali.

Ini bermakna, memang membaca tanpa berguru itu banyak membawa kesesatan yang disemarakkan lagi oleh syaitan. Namun Islam tetap menggalakkan sikap suka membaca. Islam juga mengajarkan kepada kita adab-adab membaca, cara membaca, apa yang hendak dan boleh dibaca, bila hendak dibaca dan sebagainya, bagi mengelakkan kita menjadi bahan tawa syaitan yang direjam.

-------------------------------------------------------------------------------------

Mengenai Hafiz Firdaus

Polemik kedua yang ditimbulkan di atas, adalah berkenaan Kapten Hafiz Firdaus (moga Allah menunjukkannya dan kita semua ke jalan yang benar).

Ana tersenyum apabila ada yang tak berkenan bila diminta berhati-hati membaca bukunya. Sedangkan bukankah beliau sendiri dan rakan-rakan seangkatannya yang sering menyuruh sidang pembaca berhati-hati dalam membaca? Maka umumkanlah. Jika kitab ulamak agung silam pun mereka suruh kita berhati-hati membaca, mengapa kita tidak perlu berhati-hati membaca tulisan seorang juruterbang moden?

Memang ada dalam bukunya yang mengharam dan membid'ahkan perkara yang para ulamak agung terdahulu telah mengharus dan menggalakkan, namun ana bukan katakan semua yang ditulisnya sesat. 
Cuma berhati-hatilah, bagai kata sahabat-sahabat yang lain. Lebih-lebih lagi tulisan hukum hakam ditulis oleh seorang yang bukan ahlinya.

Ada yang beranggapan, buku beliau adalah buku yang ringan dan boleh dibaca oleh orang awam. Ringan bagaimana pun, kadang kala ada saja satu atau dua ayat yang ingin menyebarkan ideologi yang salah, maka secara halus tanpa kita sedari kita dihinggapi virus yang salah. Ini yang berlaku kepada ramai yang ghairah membaca. Apabila forummer di sini katakan berhati-hati, bermakna mereka menyayangi kita. Maka berhati-hatilah. Tiada masalah untuk berhati-hati bukan?

Mungkin ada yang menyatakan, saya akan ambil yang benar, dan saya akan tinggalkan mana yang saya ragui. Saya akan ambil mana yang bersumberkan Al-quran dan hadis sahaja. Kita katakan, oleh kerana kita ini masih lagi di tahap "orang awam" dan "pelajar" maka kita sukar untuk membezakan mana yang benar mana yang salah. Takut-takut yang salah itu dikaburi dengan Alquran dan Hadis, lantas kita anggap benar. Maka jadilah kita orang yang sesat dan menyesatkan. Na'uzubillah.

Berkenaan bidang ilmu, dan tulisan seorang yang bukan ahli, dakwah dari seorang businessman dan sebagainya, telah ana tulis di blog lama ana tiga tahun lalu. Rajin-rajinkanlah membaca link di bawah ya:

Bhgn. 1: 
http://aljoofre.blogdrive.com/archive/87.html
Bhgn. 2: 
http://aljoofre.blogdrive.com/archive/88.html

Wallahu A'lam



Wednesday, May 20, 2009

Mari Baca dan Amal ini..

13 wasiat Rasulullah kepada Ali

                RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak,   kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang  menarik dan boleh  dijadikan  bahan  renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun  wasiat  itu  khusus  kepada  Ali,  namun  kita  sebagai  Muslim  dan   muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan. Larangan  dan  suruhan  Rasulullah  saw  melalui  wasiat  itu,  adalah  juga  untuk  kaum  Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama  orang beriman. Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

                Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata:  "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah  engkau   daripada   memasuki   tempat  mandi  (hammam)  tanpa  memakai kain  separas  pinggang.    Bahawasanya   barang   siapa   memasuki   tempat   mandi  tanpa  kain separas  pinggang,  maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari  telunjuk  dan  di jari tengah'.  Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya  Allah mengagumi  hamba-Nya  yang  melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu  la  yaghfirul-zunuba  illa  Anta"   ( Tuhanku,  ampunilah  aku.    Sesungguhnya tiada   yang    mengampunkan   dosa  melainkan  Engkau).   Allah lalu berfirman:  "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada  yang mengampunkan  dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya  berdusta  itu  menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai  kazzab (pendusta).  Dan,  bahawasanya  benar  itu  memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq.   Ketahuilah engkau,  bahawasanya  sidq (benar)  itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur  dan  menjadi  penghalang  kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar,  kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

 7. Wahai  Ali,  janganlah  engkau   mencita-citakan  rezeki  untuk  hari  esok.  Bahawasanya   Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan  berkelahi  dengan  maki-hamun  dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi.   Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa  makanan di celah  gigi  tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul  rasa marah,  duduklah  engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan  kesabaran  Allah Taala ke atas hamba-Nya.   Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang  telah  engkau  nafkahkan  untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau  benci pada  diri  engkau,  maka  engkau  bencikan  juga  pada  diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka  engkau  kasihkan juga  pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman.   Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah  perhubungan  di antara  penduduk (jiran) sekampung  dan  antara  ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka  sekaliannya  dengan rasa  persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah. Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

sumber : http://www.pmn.gov.my

P/S : semoga kite dapat amalkan wasiat baginda Rasulullah S.A.W

Sunday, May 17, 2009

I Must Remember

If now I happy 
I must remember before this I sad 
If now I success 
I must remember before this I failed 
If now I clever 
I must remember before this I stupid 
If now I rich 
I must remember before this I poor 
If now I strong
I must remember before this I weak 
If now I healthy 
I must remember before this I sick 

But… 
Tomorrow is difference 
Tomorrow is a new life 
Tomorrow maybe I die 
Tomorrow not same as today 
Only one not change 
  

This is Islam 
Thanks for Allah 
Give me heart for to feel 
Give me brain for to think 
Give me eye for to see 
Give me Quran for to read 
and to understand and practice 
Give me Hadiths for to life guide 

Now… 

My wish is to see the Prophet Muhammad s.a.w. ...

Thank you Allah 
Thank you Allah 
Thank you Allah ...
For all bless and Nikmat

Source : www.iLuvislam.com

Thursday, May 14, 2009

Sila Bersopan di Jalanraya


Saya bukanlah seorang yang pemarah. namun begitu, adakalanya saya juga akan hilang sabar. Saya paling tidak suka di 'hon' daripada belakang. Tidak mengapa jika ia memang kesalahan saya.
Tetapi saya amat marah jika saya di 'hon' kerana berhenti untuk memberi laluan kepada kenderaan @ orang melintas di hadapan.



Kepada pengguna-pengguna jalanraya, sila bersopan dan bertolak ansur di jalanraya. Semua orang pun hendak cepat sampai, tapi tolongg..lah...

Sila bersopan di jalanraya!!!

 أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ))

لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.

Daripada Abu Hurairah r.a :
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah
engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah
engkau marah.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

Semoga saya dapat menahan sifat marah saya..:)


Monday, April 27, 2009

Jangan Suka Buang Nyawa Anda!!



Ada pepatah mengatakan bahawa “Masa itu emas”. Ia sangat berharga seperti berharganya emas, tidak boleh dibazirkan sesuka hati kerana anda terpaksa ‘membayar’nya dengan harga yang mahal.

Benarkah begitu? Atau bidalan itu tidak kena? Secara logiknya saya berfikir, jika masa itu emas, masih boleh dijual beli, ditukar ganti. Adakah anda dapat membeli masa di mana-mana kedai (termasuk kedai emas) walaupun dengan harga yang mahal???

Masa juga adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T. Ia mengalir ibarat sebuah sungai yang mana sekali kita memijak airnya, kita tidak dapat memijak air yang sama untuk kali keduanya. Masa yang berlalu juga tidak dapat ditebus kembali walau dengan apa cara sekalipun, seperti kata-kata Imam Ghazali “Yang paling jauh adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama”

 

Justeru, saya lebih suka mengibaratkan MASA = NYAWA. Ini pun saya dapati daripada sebuah majalah tempatan, iaitu majalah SOLUSI. Sebuah perbandingan yang bagi saya cukup sebagai peringatan untuk kita. Membuang masa dengan perkara-perkara dosa dan tidak berfaedah adalah sama dengan membuang nyawa dan umur kita. Sepatutnya, setiap saat dalam umur kita perlu diisi dengan perkara-perkara berfaedah dan bermakna.

Saya tidak nafikan saya juga seorang yang suka bertangguh. Semasa belajar saya dahulu sering saya isi dengan perkara-perkara tidak berfaedah daripada mengulangkaji perlajaran. Hakikatnya saya rasa menyesal sekarang, tetapi masa yang berlalu tidak mungkin dapat ditebus kembali. Seolah-olahnya saya telah membazirkan umur saya, atau lebih tepat lagi saya telah banyak menghabiskan NYAWA saya. Seorang kawan pernah menasihati saya; “Jangan langsung kamu berkompromi dengan masa!”. Ini kerana kita tidak tahu apakah kita dapat bernafas lagi selepas ini hatta dalam masa 1minit dari sekarang.

Dengan mengibaratkan masa sebagai nyawa, kita tentu lebih berhati-hati dalam menguruskan masa selepas ini, kerana ia berkaitan dengan nyawa kita. Andaikan begini; pada nyawa kita sekian sekian kita sepatutnya menyelesaikan kerja-kerja rumah tetapi sebab kita suka bertangguh maka jadilah begini; pada nyawa kita sekian-sekian, kita telah menghabiskannya dengan menonton televisyen (baca;program reality tv). Wahh..sungguh rugi rasanya, apa yang kita nak jawab pada Allah S.W.T kelak? Walhal setiap masa dan umur kita di dunia tidak akan terlepas daripada perhitunganNya. Surah Al-‘Asr saja sudah cukup utk mengingatkan kita..

"Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran"

(Al-'Asr, ayat 1-3)

Sungguhlah beruntung orang-orang yang suka mengisi masa lapangnya dengan perkara-perkara bermanfaat (Moga saya tergolong dalam kumpulan ini). Semoga saya juga menjadi orang-orang yang tau menghargai nyawa!

Monday, April 13, 2009

Surat Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.
* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap

Tuesday, April 7, 2009

Pertolongan Allah dan Kemenangan

Sudah lama benar saya tidak menulis di ruangan maya ini. Kekangan masa dan idea ditambah pula dengan kekurangan tahap 'kerajinan' menjadikan diri saya beku selama beberapa detik ini. Apa pun, semua perkara adalah bergantung pada diri sendiri,hanya orang2 yang suka beralasan yang selalunya mencipta alasan.
Salam kemenangan utk khusus utk penyokong2 Pakatan Rakyat di Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau dan rakyat umumnya. Tersentuh saya dengan ucapan DS Nizar sebaik sahaja diumumkan memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang. Saya tidak berada di sana, namun kehangatan itu turut dirasai apabila saya menonton rancangan Analisis Pilihanraya di saluran Astro Awani. Ucapan DS Nizar yang dimulai dengan surah Al-Nasr itu cukup menyentuh hati dan perasaan. 

" Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat "
(Terjemahan Surah Al-Nasr : Ayat 1-3)

Ayat ini sangat bertepatan dengan peristiwa kemenangan yang berlaku di dua bukit tersebut. sesungguhnya kemenangan itu ternyata hakmilik Allah S.W.T dan berhak diberikanNya kpd yang dikehendakiNya. nyatalah janji-janji Allah S.W.T bahwa kemenangan itu sangat HAMPIR. Setelah beberapa tahun berjuang, kemenangan Islam itu seakan-akan satu gelombang yang muncul di saat ini, di saat masyarakat semakin rosak dan hancur. Saya pernah mendengar keluhan seorang makcik yang telah lama berkecimpung dalam perjuangan PAS, kapan bilakah kemenangan itu berlaku. Sudah lama berjuang tetapi tidak menang-menang. Nah.. inilah kemenangan demi kemenangan yang makcik tunggu2, sementara kegembiraan kemenangan dalam PR Umum 12 tidak hilang lagi. Jangan kita banyak mempersoalkan urusan bila kerana itu semua ketetapan Allah, sebaliknya kita seharusnya bertanya, apa yang sudah kita sumbangkan? Di sebalik kemenangan tersebut, berapa bahagian daripada harta, usaha dan masa kita telah pergunakan? Dan seandainya sekarang ini kita masih belum menang, kita tidak perlu berasa sedih dan kecewa kerana kemenangan di akhirat itu adalah suatu kepastian! InsyaAllah...

Seharusnya kita bermuhasabah kembali, apakah kemenangan ini suatu nikmat ataupun ia bakal menjadi ujian kepada kita. Kita perlu meningkatkan seluruh usaha dan tenaga utk sama-sama mempertahankan kemenangan ini untuk meraih kemenangan seterusnya. Namun, kemenangan dan pertolongan Allah ini sebenarnya adalah satu pemangkin semangat utk ahli  gerakan islam dan tidak salah utk kita meraikannya dengan sujud syukur dan puji-pujian kepada Allah S.W.T, pemilik hakiki.

Ya Allah..Terima kasih dia tasa segala nikmatMu yang telah Kau berikan kepada kami. Ampunkan kami di atas segala kesalahan kami, dosa-dosa kami yang kami sedari atau tidak. Kami mohon redhaMu Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami.