Sunday, July 5, 2009

Berserahkah aku?



Berserah bukan bermakna kalah, juga bukan kerana putus asa, jauh sekali malas berusaha..
Namun berserah itu adalah suatu perasaan lemah yang perlu disandarkan kepada satu kuasa Agung.

Nyata manusia sememangnya lemah, walau sehebat mana pangkat dan kuasa, akhirnya semua terpaksa akur.. bahawa sememangnya kite lemah! Betapa banyaknya manusia-manusia yang ingkar dengan merasakan diri bagus, hebat, gagah.."Semua ini atas usaha aku, bukan siapa-siapa, aku sendiri yang lakukan". Lihat saja bagaimana angkuhnya Raja Namrud ketika Nabi Ibrahim menyeru supaya menyembah Allah yang Esa. Kata Nabi Ibrahim kepada Namrud "Tuhanku mampu menghidupkan dan mematikan". Namun Raja Namrud berkata : "Aku juga mampu menghidup dan mematikan". Maksud Namrud ialah mengambil dua orang hambanya dan membunuh seorang manakala yang seorang lagi dibiarkan hidup. Nyata begitu angkuh!

Justeru, berserah mengajar kita memahami siapa diri. Walau bagaimana hebat pun usaha, yang nyata ketentuan Allah mendahului segalanya..

"Saya dah buat yang terbaik, tetapi takdir Allah menetapkan bahawa saya tidak dapat 5A dalam UPSR"

"Saya dah buat semua tu hujung minggu, tak sangka pula fail boleh hilang macam tu saja, hu..terpaksa buat yang baru!"

"Saya dah cuba sedaya upaya menyelamatkan hubungan kami, nyata memang saya dan dia tidak sehaluan lagi!"

Sekali lagi tentunya kita berserah setelah berusaha.. tetapi berserah yang khusus kepadaNya

Berserahlah kepada Allah setelah berusaha, agar nantinya kita tidak rasa putus asa setelah menerima kenyataannya.






1 comment:

ha_si_na said...

Dia yang menentukan segala-galanya...kita hantya berusaha untuk buat yang terbaik....